Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Binti Meor Omar Baki menjadi perantara kepada Telekonferens Syria Care bersama NGO yang beroperasi di dalam Syria melalui aplikasi atas talian Skype.
Telekonferens tersebut diadakan dengan tujuan untuk memberi maklumat secara terus kepada wakil media, penaja serta penyokong Syria tentang isu terkini dan keperluan sahabat di negara Syria ketika ini terutamanya musim sejuk yang bakal tiba nanti.
Di antara wakil rakan NGO yang turut serta dalam telekonferens ini adalah, NGO Tawasso Charity Organization, Sham Serif Dernegi, Al-Sham Humanitarian Foundation, Ulfah Human Relief, Al-Ahbab Human Institution, Khair For Relief Western Ghouta dan wakil Syria Care di Turki Dr. Husam Sarakbi.
Tanpa rakan-rakan kerjasama di dalam Syria ini sukar untuk kami sampaikan segala bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia melalui Syria Care.
#SCNews
Syria Care Projects
[huge_it_slider id=”55″]