Syria Care menerima lawatan daripada NGO (Organisasi Bukan Kerajaan) luar negara iaitu NGO Al-Ghawth and NGO Al-Shifaa serta disertai oleh Yayasan Kubra.
Mereka merupakan NGO yang berpengkalan di negara Lubnan dan membantu pelarian rakyat Palestin yang mencari perlindungan di kem pelarian Lubnan.
NGO Al-Ghawth diwakili oleh Presidennya iaitu Ahmad Mohamad Kayed bersama Pengarah NGO Al-Shifaa For Medical and Humanitarian Services, Dr. Majdi Krayem.
Kami berharap agar pertemuan ini akan mengeratkan lagi kerjasama di antara Syria Care dan rombongan NGO dari Lubnan dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada seluruh rakyat Palestin serta Syria yang amat memerlukan perhatian kita ketika ini
#SCNews
[huge_it_slider id=”27″]