14 September 2026
Syria Care bersama Pertubuhan Mahabbah Malaysia dan Pertubuhan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menjayakan projek Wakaf Baik Pulih Masjid dan Sekolah, bantuan musim sejuk ‘Winter Aid 15.0’ dan pembinaan taman permainan untuk kanak-kanak di Wakaf Kampung Malaysia Syria Care yang berlangsung dari 14 September 2026 hingga 31 Mac 2027. MoU tersebut diwakili Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki bersama saksi, Setiausaha Syria Care, Siti Marieyam Wearzana Hasbi, serta Pengerusi Pertubuhan Mahabbah Malaysia, Dr Azzah Muyassarah @ Norazah Asat bersama saksi, Setiausaha Pertubuhan Tadika Islam Malaysia, Puan Siti Ruzita Ramli.
Melalui projek-projek tersebut, kedua-dua pihak bersama-sama menyokong proses pemulihan Syria selepas konflik kemanusiaan yang melanda negara tersebut selama 14 tahun. Semoga kerjasama ini dapat menzahirkan solidariti dan tanggungjawab bersama dalam memberikan manfaat kepada komuniti yang memerlukan di bumi Syam.


