658986729 18318105721264363 1923203390503846842 n

658054776 18318105682264363 170996373398258892 n

Dari pertemuan di kedai kopi, hingga menjejaki bumi Syam yang diberkati. Perkenalan Omma bersama @lufyalaana bukan sehari dua. Dah lama kami mengenali. Dan ironinya, Lufyalah orang luar dari keluarga yang pertama memanggil Omma. Lufya juga sejak dulu membantu kerja-kerja Syria Care Malaysia dengan merakam video untuk disebarkan. Jadi untuk mempromosikan kempen Ramadan tahun ini, Omma membuat temujanji dengan Lufya. Walaupun sibuk dengan bisnes bakingnya Lufya tetap menghadhirkan diri. Omma kagum dengan kesungguhannya mencari rezeki demi membesarkan puterinya Haura walauoun tanpa kehadhiran seorang lelaki bernama suami di sisi. Penat lelah serta putus asa tidak ada dalam kamus hidupnya kera itu bukan satu pilihan. Dari perbincangan berkenaan apa yang boleh dibantu untuk Ramadan perbualan berubah arah kepada kerjasama yang lebih jitu. Kebetulan tim bakal berlepas untuk melaksanakan misi dalam seminggu lagi. Dan kebetulan juga, tarikhnya sesuai untuk Lufya ikut serta. Lalu dalam kesuntukan masa, perancangan dibuat untuk memaksimakan impak kebersamaan Lufya dalam misi kali ini. Bukan setakat itu, Lufya bersedia menjadi ikon untuk Syria Care. Alhamdulillah. Syukur Lufya orangnya mudah untuk diuruskan. Tak jenis yang buat kerja untuk glamer atau mendapat perhatian semata. Mudah berkira dan tidak ‘kerek’ la orang kata. Malah dia periang dan jadi penghibur Omma sepanjang perjalanan. Memang tak kering gusi bila bersama Lufya tapi jiwanya lembut dan mudah tersentuh melihat penderitaan orang lain. Maka pada 22 Jan 2026, kami pun berlepas dari KLIA untuk satu perjalanan penuh bermakna. Meninggalkan keselesaan rumah dan persekitaan yang biasa. Perjalanan merentas sempadan atas nama kemanusiaan. Perjalanan yang tidak menjanjikan kesenangan tetapi sarat dengan ibrah dan pengalaman. Misi Kemanusiaan Syria Care 20.0 pun bermula. Siti Sakinah bintik Meor Omar Baki, Pengerusi Syria Care. Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 20.0, 22 Jan 2026 : Maybank – 5505 1424 0118 www.syriacare.org.my/AmalAid #iamahumanitarianworker #travelogmisi #travelogmisikemanusiaansyriacare

Kongsi Artikel Ini