800 PEMBERONTAK KURDISH DIBUNUH-ERDOGAN

Kurdish Ypg Fighters Forces Afp 1
Turki mendakwa lebih 800 pemberontak Kurdish, Yekîneyên Parastina Gel (YPG) dibunuh sepanjang Operasi Olive Branch berlangsung.
 
Presiden Recep Tayyip Erdogan yakin angka itu akan terus meningkat kerana pertempuran memerangi kumpulan di seberang sempadannya di Syria, sedang diteruskan.
 
Operasi Olive Branch yang bermula 20 Januari lalu, menampakkan hasil selepas lebih banyak bandar dan perkampungan di wilayah Afrin berjaya dikuasai tentera Turki dan sekutunya, Free Syrian Army (FSA).
 
Pada Khamis, pusat bandar Bulbul di utara Afrin berjaya dibebaskan dari YPG.
 
Setakat ini, 20 perkampungan di 27 zon bersama tujuh gunung dan bukit berjaya dibebaskan.
 
Penguasaannya memberi kelebihan strategik kepada tentera Turki dalam usahanya menghapuskan ancaman daripada kumpulan yang ditaja Amerika Syarikat itu.
 
Sejak Operasi Olive Brancah bermula, Ankara mengesahkan lima tenteranya terkorban.
 
 
 

Kongsi Artikel Ini