580 maut sebulan sepanjang 2018

WhatsApp Image 2019-01-02 at 11.14.33 AM

Syrian Network for Human Rights (SNHR) mengumumkan sekurang-kurangnya 6,964 orang telah terbunuh di Syria sepanjang 2018.

Ia bermakna secara purata, 580 orang maut pada setiap bulan.

Dalam laporan yang dikeluarkan pada awal 2019, SNHR melaporkan 4,162 orang telah menemui ajal di tangan tentera regim Bashar al Assad.

Selain itu kumpulan pelampau Islam turut menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah korban pada tahun lalu.

Dianggarkan 478 rakyat Syria telah menjadi mangsa.

Daripada jumlah itu, seramai 446 orang mati angkara IS.

Ia membabitkan 82 nyawa kanak-kanak dan 41 wanita.

Manakala 32 lagi dibunuh Hayat Tahrir al Sham (HTS), sekutu Al Qaeda.

Sementara itu, tentera Rusia pula bertanggungjawab menyebabkan kematian 467 orang termasuk 169 kanak-kanak dan 51 wanita.

Begitu juga dengan Tentera Bersekutu yang dipimpin Amerika Syarikat.

Sekurang-kurangnya 417 orang telah terbunuh dalam pelbagai operasi yang dilancarkan bagi menggempur IS.

175 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Turut berada di senarai teratas, kumpulan bersenjata Kurdish yang bertanggungjawab menyebabkan kematian 285 nyawa.

Tidak terkecuali Free Syrian Army (FSA), yang mewakili pakatan penentang anti kerajaan di Syria.

Sekurang-kurangnya 48 orang dilapor mati di tangan mereka.

Dalam laporannya, SNHR berkata, 1,107 orang lagi termasuk 247 kanak-kanak dan 145 wanita telah dibunuh pelbagai pihak yang bertelagah di negara itu.

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini