55 unit rumah Wakaf Kampung Malaysia siap dibangun

102431552_1182168455455405_5917040211297260261_o

55 dari 100 buah rumah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang dibangunkan di Al Baradaqli, Atma telahpun siap.

Sebanyak RM759,000.00 telah berjaya dikumpul melalui penjualan lot-lot saham wakaf bagi membina rumah berkenaan yang membabitkan fasa satu dan dua.

Mengikut perancangan, projek ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat membabitkan pembinaan 292 buah rumah yang bersaiz 506 kaki persegi dengan kos RM2,214,265.20.

Apabila siap kelak, ia akan menempatkan pelarian di kawasan perumahan tersusun yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur asas seperti sekolah, masjid, pasaraya mini, klinik, padang permainan dan lain-lain.

https://syriacare.org.my/wakafperumahanpelariansyria/

Kongsi Artikel Ini