227 KANAK-KANAK DIBUNUH DALAM TEMPOH 21 HARI

WhatsApp Image 2018-03-12 at 07.09.06

Sekurang-kurangnya 42 nyawa orang awam di Timur Ghoutah menjadi mangsa korban dalam pengeboman tanpa henti tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya ke atas kawasan itu.

Menurut Al Jazeera, antara yang terbunuh termasuk 16 penduduk Douma yang terdiri dari satu keluarga.

Dalam maklumat yang disalur kepada agensi berkenaan, aktivis tempatan Nour Adam berkata, lapan lagi maut di Jobar manakalanya selebihnya di Harasta, Zamalka dan Arbin.

Syrian Observatory for Human Rights, (SOHR) mengesahkkan sekurang-kurangnya 1,099 maut selepas operasi pengeboman tanpa henti dilancarkan ke atas Timur Ghoutah sejak 21 hari lalu.

Katanya, sejak bermula dari 18 Februari alu, lebih 227 kanak-kanak dan 145 wanita telah terbunuh manakala sekurang-kurangnya 4,378 lagi mengalami kecederaan.

Tentera regim dan sekutunya mempertingkatkan serangan ke atas Douma selepas bandar Mudeira berjaya ditawan dari tangan kumpulan penentang, di hari yang sama.

Sehari sebelumnya, bandar Mesraba juga telah jatuh ke tangan mereka.

Penawanannya memboleh pergerakan tentera kerajaan dan konco-konconya menyelinap lebih jauh ke dalam Timur Ghoutah selain memberi kelebihan strategik dan logistik kepada mereka kerana ia menjadikan bandar Douma dan Harasta terpisah.

Menurut SOHR, keadaan itu menjadikan kubu kuat kumpulan anti kerajaan itu terbahagi kepada tiga bahagian.

 

Kongsi Artikel Ini