116901823 1234858450186405 5689634604564791845 O

Majlis Penyampaian Hadiah Maahad Abi Hanifah an Nu’man

Penyerahan keputusan peperiksaan bagi sesi pengajian 2019/2020 kepada para pelajar Maahad Abi Hanifah an Nu’man telah dibuat dalam majlis penyampaian hadiah pada 11 Ogos 2020. Maahad Abi Hanifah An Nu’man terletak di ‘Adnaniyah, Idlib ditaja penuh rakyat Malaysia melalui Tabung Pendidikan Back2School Syria Care. Tabung berkenaan dibuka sepanjang tahun bagi memastikan anak-anak di sana mendapat […]

Majlis Penyampaian Hadiah Maahad Abi Hanifah an Nu’man Read More »

117444427 1236619650010285 6383583969292934015 O

Pembinaan Awal Masjid Al Husna di Wakaf Perumahan Pelarian Syria

Pembinaan masjid di Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria, Al Bardaqli telahpun bermula. Sebahagian kosnya ditaja oleh seorang dermawan dari Maldives. Masjid yang diberi nama Al Husna mempunyai keluasan 206 meter persegi dan bakal diimarahkan oleh penghuni Kampung Malaysia dan penduduk di kem-kem berdekatan.

Pembinaan Awal Masjid Al Husna di Wakaf Perumahan Pelarian Syria Read More »

Whatsapp Image 2020 09 01 At 5.20.53 Pm

Selimut untuk Syria

Memegang selimut yang tebal,berat tetapi lembut ini, berbagai perasaan bermain di fikiran. Terasa sebak kerana membayangkan bagaimana selimut seperti ini bakal membaluti tubuh-tubuh yang kedinginan dalam musim sejuk yang bakal tiba di Syria. Terasa bangga kerana membawa nama Malaysia ke persada dunia dalam bidang kemanusiaan. Terasa gembira kerana berkhidmat di sebuah organisasi yang mementingkan amanah

Selimut untuk Syria Read More »

117390237 1235716610100589 1462722470664053866 O

Kemaskini Pembinaan Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria | 9 Ogos 2020

Kemaskini Pembinaan Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria (9 Ogos 2020) 180 dari 226 buah rumah hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria di Bardaqli, Atma telahpun dibangunkan. Manakala 66 buah rumah lagi masih berbaki untuk diwakafkan. Apabila siap kelak, projek penempatan tersusun yang terdiri dari 292 buah rumah akan dilengkapi dengan kemudahan

Kemaskini Pembinaan Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria | 9 Ogos 2020 Read More »

Whatsapp Image 2020 08 11 At 12.33.49 Pm

Bantuan tidak berakhir di sini…

Bantuan tidak berakhir di sini… Tanpa ikhtiar dan usaha serta sokongan daripada orang ramai khususnya rakyat Malaysia, bantuan kecemasan roti yang digerakkan Syria Care pada Jun lepas kepada pelarian Syria di utara negara berkenaan tidak akan menjadi kenyataan. Ia bukan bantuan biasa kerana ketika itu, kejatuhan mendadak matawangnya telah mencetuskan krisis bekalan makanan asas selepas

Bantuan tidak berakhir di sini… Read More »

Article

PEKAWANIS serah RM1,500 kepada Syria Care

Sebanyak RM1,500 hasil kutipan kelas tadabbur Al Quran yang diadakan secara mingguan di kediaman Menteri Besar Selangor telah disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Syria Care. Penyerahannya telah dibuat pada Rabu (5 Ogos 2020) oleh Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhammad kepada Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki.

PEKAWANIS serah RM1,500 kepada Syria Care Read More »

Img 6186

Qurban4Syria 8.0 – Sedekah Sembelihan oleh Kakitangan Syria Care

Kakitangan Syria Care Malaysia menyumbang dua ekor kambing bagi Projek Sedekah Sembelihan tahun ini. Sembelihan telah dilakukan pada 10 Zulhijjah 1441H dan kemudian diagih di sekitar Al Dana, Idlib. Inisiatif berkenaan dibuat Syria Care untuk bersama-sama para penyumbang bagi meraikan Aildiladha dengan mangsa konflik di Syria. Semoga setiap usaha yang kita lakukan mendapat berkatNya. #syriacaremalaysia

Qurban4Syria 8.0 – Sedekah Sembelihan oleh Kakitangan Syria Care Read More »