10,204 ORANG AWAM MAUT DI SYRIA TAHUN LALU

Syria Last Doctor
10,204 orang awam disahkan terbunuh di Syria sepanjang 2017.
 
Berdasarkan angka itu, kaum lelaki mencatatkan angka tertinggi di mana 6,370 orang telah menjadi korban konflik.
 
Kanak-kanak berada dikedudukan kedua dengan jumlah korban seramai 2,298 jiwa dan disusuli kaum wanita seramai 1,536 nyawa.
 
Menurut laporan dikeluarkan Syrian Network For Human Rights (SNHR), 4,148 nyawa telah melayang di tangan tentera regim Presiden Bashar al Assad.
 
Sepanjang tahun lalu, operasi ketenteraannya telah membunuh 754 kanak-kanak dan 591 wanita.
 
211 lagi mangsa telah disahkan mati akibat didera askar regim.
 
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, operasi ketenteraan askar pakatan antarabangsa yang dipimpin Amerika Syarikat di Syria turut menyumbang angka korban yang tinggi di mana 1,759 warga negara itu telah terkorban.
 
521 daripadanya membabitkan kanak-kanak dan kematian di kalangan wanita pula seramai 332 jiwa.
 
Rusia yang menjadi sekutu kuat Syria pula bertanggungjawab membunuh 1,436 orang awam termasuk 439 kanak-kanak dan 284 lagi kaum hawa.
 
Manakala IS pula membunuh 1,421 penduduk termasuk 281 kanak-kanak dan 148 wanita.
 
Dua lagi meninggal dunia kerana didera.
 
Dalam laporan yang diterbitkan pada 1 Januari 2018, ia turut mencatatkan korban akibat serangan kumpulan anti kerajaan yang meragut 316 nyawa orang biasa.
 
58 yang terbunuh terdiri dari kanak-kanak, 54 wanita dan lima lagi meninggal akibat didera.
 
Angka korban itu tidak termasuk nyawa 25 orang awam yang maut akibat serangan oleh Hay’at Tahrir al Sham, yang membunuh dua kanak-kanak dan seorang wanita.
 
Empat lagi menemui ajal kerana didera.
 
Menurut SNHR, Damsyik dan kawasan sekitarnya mencatatkan angka kematian orang awam paling tinggi dengan angka seramai 2019 orang dan diikuti Raffa 1,512 jiwa.
 
 

Kongsi Artikel Ini