Ziarah keluarga Bushra Saleh

Dsc00611

Hari Kedua
Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 (2018)
Ziarah keluarga Bushra Saleh

Salah satu keluarga yang sempat kami ziarahi di Hayyu at-Tanak (perkampungan zink), Tripoli Lubnan adalah keluarga kecil Bushra Saleh.

Ibu muda yang berusia 23 tahun dan juga suaminya merupakan pelarian Syria yang mencari perlindungan di kem tersebut. Suaminya hanya bekerja sebagai buruh yang tiada pendapatan tetap. Apatah lagi musim sejuk seperti sekarang makin bertambah sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Mendengar perkongsian daripada Bushra, dia menceritakan yang dia pada asalnya tiada masalah kesihatan kini menderita asma disebabkan keadaan daif dan sejuk rumah bawah tanah.

Bertambah perit apabila anak sulung dan keduanya Dala’ Muhanna (4 tahun) dan Aiham (3 tahun) kurang berat badan dan disahkan kekurangan gizi manakali bayi Wala’ (2 bulan) pula batuk serta kahak telah memasuki ke ruang paru-parunya.

Pada akhir ziarah Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 ini, kami tidak melepaskan peluang menyampaikan bantuan kewangan dan juga pek yang mengandungi bekalan makanan asas buat keluarga ini hasil sumbangan rakyat Malaysia.

[huge_it_slider id=”500″]

#misikemanusiaansyriacare7
#Iamahumanitarianworker
#inibukankerjamainmain
#bantuanmusimsejuk

Kongsi Artikel Ini