DERITA
MUSIM SEJUK
Palestin, Syria & Lubnan
Tanpa kelengkapan secukupnya,
ia mampu membawa maut.
Musim sejuk ini antara yang paling sejuk dalam dekad lalu, dengan ribut salji dan suhu bawah sifar. Berjuta-juta pelarian di Palestin, Syria dan Lubnan melaluinya tanpa persediaan yang lengkap. Mereka ini terpaksa tinggal di kem pelarian dalam khemah-khemah usang ketika cuaca sejuk sehingga di bawah paras beku.
Cuaca ekstrem adalah permulaan musim sejuk bermakna episod derita pelarian turut bermula. Hujan lebat dan banjir memusnahkan tempat mereka berteduh malahan tanpa kelengkapan atau persediaan yang secukupnya, mereka terdedah kepada maut.
Apabila tibanya musim sejuk, mimpi buruk menjadi teman pada malam hari, kerana salji yang turun boleh meruntuhkan khemah yang menjadi tempat keluarga pelarian berteduh.
Bagi membantu mereka menghadapi kesukaran ini, Syria Care menggerakkan Projek WinterAid
Bantuan Yang Sangat Diperlukan Ketika Ini:
BAHAN BAKAR
RM150.00
PEK MAKANAN
RM250.00
SUMBANGAN KASIH
RM50.00
Sumbangan boleh juga dibuat melalui DuitNow QR atau direct transfer ke Tabung ‘Winter Aid’.