DARI KHEMAH KE RUMAH
Bantu pelarian Syria menduduki rumah yang lebih selesa dan selamat.
KONFLIK YANG MELANDA SYRIA SEJAK MAC 2011,
MENYEBABKAN JUTAAN MENJADI PELARIAN
Menurut UNCHR (2024), lebih 14 juta rakyat Syria terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berpindah ke tempat yang lebih selamat. Lebih 7.2 juta daripada jumlah itu, terpaksa menjadi pelarian dalam negara (IDPs), di mana 70 peratus daripadanya memerlukan bantuan kemanusiaan dan 90 peratus hidup di bawah garis kemiskinan.
Majoriti mereka ditempatkan di kem-kem pelarian sementara yang didirikan menggunakan khemah-khemah yang diperbuat dari nilon dan kanvas. Situasi ini sangat membimbangkan kerana struktur khemah yang rapuh tidak dapat menjamin keselamatan penghuninya.
Wakaf anda mampu memberikan kehidupan baharu terutamanya kepada kanak-kanak. Harapan mereka untuk membesar seperti rakan sebaya yang lain kembali bersinar.
WAKAF KAMPUNG MALAYSIA SYRIA CARE
KOS PROJEK
Keluasan tanah: 36000.5 m²
Pembinaan bermula: April 2020
Mula diduduki: Mac 2021
Lokasi: 4km dari sempadan Syria – Türkiye
272 UNIT RUMAH WAKAF
ELEKTRIK BERTENAGA SOLAR
BEKALAN AIR BERSIH
PEMBENTUNGAN & KUMBAHAN
PENERIMA MANFAAT
Kos projek tidak termasuk penyelenggaraan, tambahbaik infrastruktur dan pembinaan taman permainan.
LOKASI WAKAF KAMPUNG MALAYSIA SYRIA CARE
(Google Maps: القرية الماليزية)
Ianya terletak hanya 4 km dari sempadan Syria – Türkiye iaitu di Al Bardaqli, Ad Dana, Idlib, Syria.
Fasiliti YANG DISEDIAKAN
Fasiliti yang lengkap dan berkualiti, dapat mewujudkan sebuah komuniti yang harmoni,
memperkukuhkan hubungan sesama penghuni, serta memperkasa dari segi ekonomi dan sosial.
Dilengkapi Rumah Imam & Khatib
Berfungsi sebagai tempat beribadah, didikan agama Islam, sambutan majlis perayaan, ceramah, pusat penyebaran maklumat dan menjadi tempat mesyuarat atau perjumpaan penduduk di sini.
Bangunan tiga tingkat ini mempunyai satu tangki air (4,000 liter), dilengkapi tempat wuduk, alat pemanas berkuasa diesel untuk musim sejuk dan boleh memuatkan seramai 1,500 orang.
Perkhidmatan Kesihatan Percuma
Tadika | Sekolah Rendah | Sekolah Menengah
Pembelajaran pada sesi pagi dan petang untuk lebih 1,000 orang pelajar (termasuk dari kawasan luar penempatan) dengan 60 orang tenaga pengajar, 6 staf pengurusan dan 2 orang pembantu.
Silibus pendidikan di sini telah diiktiraf oleh pihak berkuasa tempatan bahawa adalah yang terbaik di daerah itu.
Telaga air ini digali sedalam 625 meter bagi mendapatkan punca mata air yang sesuai diminum serta mencukupi bagi kegunaan semua penghuni di Wakaf Kampung Malaysia ini. Air dari bawah tanah dipam naik ke atas tangki menggunakan pam motor yang dikuasakan oleh tenaga solar. Namun ketika musim sejuk enjin diesel diperlukan untuk menggerakkan pam motor tersebut.
PREMIS PERNIAGAAN
DEWAN SERBAGUNA
JALAN RAYA
GUDANG
PONDOK PENGAWAL
KAWASAN BERPAGAR
PEMBENTUNGAN & KUMBAHAN
PENYELENGGARAAN & TAMBAHBAIKAN
Bagi menampung keperluan semasa, projek wakaf ini masih memerlukan dana untuk penyelenggaraan dan tambahbaikan.
DANA DIPERLUKAN
JENIS-JENIS PENYELENGGARAAN
1. Penyelenggaraan Struktur Bangunan
2. Penyelenggaraan Utilliti dan Infrastruktur
Bekalan Air Bersih: Ujian berkala kualiti air dan penyelenggaraan paip serta sistem penapisan.
Pam Air: Pemeriksaan berkala untuk memastikan berfungsi dengan baik secara hibrid mengikut musim.
Panel Solar: Pembersihan dan pembaikan berkala.
3. Penyelenggaraan Kemudahan Komuniti
Jalan dan Laluan: Pembaikan untuk mencegah lubang dan memastikan keselamatan.
4. Sanitasi dan Kebersihan
Pengurusan Sisa dan Pembersihan: Pengumpulan sisa dan pembersihan kawasan secara berkala.
5. Penyelenggaraan Pencegahan
Pemeriksaan rutin untuk mencegah isu besar.
PEMBINAAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Keluasan tanah: 300 m²
Status pembinaan: Belum bermula
Lokasi: Bersebelahan Sekolah Ulfah 3, di dalam kawasan Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli, Syria.
Kanak-kanak di sana tidak mempunyai tempat khas untuk bermain. Di tambah pula dengan kawasan sekitar yang tidak selamat dan kanak-kanak terpaksa bermain di tepi jalan dan juga luar kawasan.
Oleh itu, dengan pembinaan taman permainan ini dapatlah memberikan kegembiraan buat mereka dan juga membantu kepada perkembangan mental dan fizikal.
Rasulullah SAW bersabda, "Apabila mati seseorang manusia, maka terputus semua amalannya (dan hartanya) kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (iaitu wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya". [Riwayat Muslim]
Ayuh, rebut peluang berwakaf di bumi syam
Ruangan soalan lazim turut disediakan untuk rujukan anda.
Sumbangan boleh juga dibuat melalui DuitNow QR atau direct transfer ke Tabung Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli, Syria.