Turki serap doktor dan jururawat Syria
Turki akan menyerap lebih 500,000 doktor dan jururawat Syria yang berada di negara itu ke dalam sistem kesihatannya.
Dasar berkenaan dibuat bagi menampung keperluan 3.5 juta pelarian Syria di negaranya.
Buat permulaan sebuah pusat kesihatan telah dibuka di bandar Kayseri di mana ia menempatkan 12 doktor yang terdiri daripada pelarian Syria.
Pusat berkenaan dapat menampung keperluan 70,000 pelarian sedia ada di kawasan itu.
Menurut Anadolu, ia dibuat bersama Kementerian Kesihatan Turki dengan Kesatuan Eropah (EU).
Sejak konflik tercetus pada 2011 sehingga sekarang, semua pelarian Syria di dalam Turki menikmati kemudahan perubatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Awam dan Migrasi Jabatan Kesihatan Turki, Kanuni Keklik, berkata, sepanjang tempoh itu, 1.5 juta pesakit telah menerima rawatan di hospital, 1.3 juta lagi menjalani pelbagai bentuk pembedahan.
Dalam jangka masa sama lebih 325,000 bayi telah dilahirkan di bumi Turki./Anadolu
Razali Awang
Media Syria Care