Bersama Hamud & Hamze.
Nak ambil gambar dengan kitorang tapi malu nak dekat. Bila ditanya ’anta soim?’(awak puasa tak) sengih-sengih jawab tak. 😂
Budak-budak ni ‘innocent’ sangat. Menerima kedatangan kami dengan keceriaan yang terpancar di wajah masing-masing.
Sejak kecil hidup dalam keadaan pergolakan dan tidak aman, trauma yang dihadapi serta kekurangan dalam kehidupan seharian mereka, pasti kita sendiri tak dapat bayangkan.
Rata-rata orang Syria di sini memang pandai sorokkan kisah sedih mereka dengan ukiran senyuman yang paling manis. Tapi apabila mengetahui kisah mereka, baru saya tahu, sungguh mereka ni sangat kuat dan tabah.
Love from Maliziya 🇲🇾
Nurul,
Koordinator The Orphans Project,
Peserta Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0,
Azaz,Syria,
8/5/2019