Sungguh saya tak mampu mengangkat kotak-kotak ini bersendirian. Beratnya ya ampun!
Lebih-lebih lagi dengan tangan kiri saya yang masih sakit dan masih belum selesai rawatan. Saya memang tak boleh angkat berat.
Kadang kesian tengok golongan wanita yang menerima pek makanan ini kena angkat kotak yang berat ini sendirian. Biasanya bila saya nampak yang menerima tu tua ke atau kecil sangat ke saya pasti panggil sesiapa untuk membantunya.
Tapi dalam kesian tu terselit perasaan gembira.
Pelik tak? Sebab kotak yang berat menggambarkan isi yang banyak. Dan isi yang banyak bermakna ia boleh lebih dimanfaatkan. Tak gitu?😉
Siti Sakinah Meor Omar Baki
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0
Arsal,Lubnan
13 Mei 2019