Travelog MKSC 7.0 : Kilis, Turki (Bahagian 2)

7

3 Disember 2018. (Bahagian kedua).

Hari kelima Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 di Kilis, Turki padat. Demi menunaikan amanah yang diberikan para penyumbang melalui Syria Care, kami ketepikan rasa penat dan lelah.

Sejurus selapas menziarahidua buah masjid yang telah diletakkan simen hasil sumbangan waqaf rakyat Malaysia kami memeruskan perjalanan kami ke Masjid Khalid Ibnu Walid di Azzaz.

Di situ, kami mengagihkan selimut dan beg pakaian yang sebelum ini dibawa masuk melalui kontena di Pelabuhan Mersin, Turki.

Ketika ralit menguruskan pengagihan dalam cuaca yang sejuk, saya dikejutkan oleh Nurul.

“Eh ustazah, kenapa kita saja perempuan, kenapa tiada perempuan di situ, ayah-ayah saja ?

“Budaya orang sini,” saya balas.

Namun mereka semua sangat menghormati kami dan keadaan sangat terkawal.

Cuaca dingin hari itu seakan hilang apabila melihat kegembiraan di wahaj-wajah penerima sumbangan. Yang lucunya ada pula yang minta dua set atas alasan mempunyai ‘dua rumah’😁.
Kami tidak menghampakan mereka. Jangan kerana selimut itu mereka sekeluarga masam muka pula.

Kami keluar dari Syria lewat petang itu menuju Kilis. Gembira kerana tugasan hari pertama di Syria berjalan lancar Alhamdulillah. Kerjasama yang kami lakukan bersama pihak Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) nampaknya membuahkan hasil yang positif.

Oh ya…saya dah janji nak cerita berkenaan pembakar pembuat roti kan di bahagian pertama tadi? Sila ikuti bahagian ketiga ya?

Bersambung…

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care
Pengerusi Syria Care

#misikemanusiaansyriacare
#travelog
#bantuanmusimsejuk

Kongsi Artikel Ini