Travelog MKSC 7.0 : Kilis, Turki (Bahagian 1)

6

3 Disember 208. Bahagian satu.
Hari kelima Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 di Kilis, Turki padat. Demi menunaikan amanah yang diberikan para penyumbang melalui Syria Care, kami ketepikan rasa penat dan lelah.

Sejurus selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Pejabat Mufti Kilis dan wakil Turkiye Diyanet Vakfi (TDV), anggota misi ke destinasi pertama, sebuah kem pelarian bersebelahan dengan pintu sempadan antara Kilis dan Azzaz.

Tujuan ziarah ke kem tersebut adalah bagi meninjau kerja-kerja pembuatan lantai simen di masjid bagi mengelakkan air dan lumpur masuk. Semua ini dilaksanakan hasil sumbangan waqaf oleh rakyat Malaysia beberapa bulan yang lalu.

Dari pinggir sempadan, kami melepasi ke Syria menaiki tiga berapa buah kereta yang dipandu sendiri pegawai-pegawai Turkiye Diyanet Vakfi (TDV).

Seperti biasa, prosedur pemeriksaan yang kami lalui agak ketat, kembimbangan bermain-main di dada dan hati bersama lidah tidak berhenti bermunajat memohon segalanya dipermudahkan.

Doa kami termakbul, kembali menginjak kaki di tanah Syria. Sepanjang perjalanan perasaan saya bercampur baur, gembira dan sedih. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang untuk kembali lagi. Ia berkat doa anda semua membolehkan kami menziarahi semula ke sana.

Hati berbunga dan saya merasakan satu perasaan gembira yang sukar diungkapkan apabila melihat sendiri hasil kerja-kerja kami diMalaysia dapat dimanfaatkan bagi para pelarian disini.

Dua buah masjid yang kami kunjungi adalah antara 21 masjid yang telah dibhat lantai simen hasil sumbangan waqaf pelbagai pihak masjid-masjid ini terletak di sepanjang Azzaz, Souran dan Akhtarin, yang diselenggara TDV.

Mengikut rancangan asal, kutipan yang dipungut digunakan untuk membeli karpet. Tetapi ia diubah dan diganti dengan lantai. Ia dibuat bagi mengelak kerosakan akibat hujan.

Lantai simen ditinggikan dalam sekitar 8 sentimeter dan dibuat tebing bagi mengelak ia dimasuki air. Kami difahamkan masjid-masjid ini menjadi pusat aktiviti pengajian al-Quran di samping solat lima waktu dan solat Jumaat.

Saya sempat bertanya salah seorang jemaah di situ bagaimana perasaannya dengan.lantai yang telah dibina? Beliau menjawab “Sebelum ini apabila hujan air akan masuk dan lumpur akan memenuhi ruang solat. Tetapi sekarang tiada lagi masalah itu. Terimakasih kerana membantu kami. Semoga Allah menambah orang-orang seperti kamu”.

Alhamdulillah…
Kami meneruskan perjalanan kami untuk aktiviti seterusnya.

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki
Ketua Misi KemanusiaanSyria Care 7.0
Pengerusi Syria Care
Kilis,Turki

#travelog
#misikemanusiaansyriacare
#bantuanmusimsejuk
Bersambung.

Kongsi Artikel Ini