Travelog MKSC 7.0 : Kem Adwa Ar-Raudhah di Akkar,Lubnan

9

1 Disember 1018. 
Hari ketiga Misi Kanusiaan Syria Care 7.0.

Setelah selesai mengagihkan pek makanan di Kem Adwa Ar-Raudhah di Akkar,Lubnan sahabat kami yang membantu proses agihan tersebut datang kepada saya dan bertanya.

“Puan,ada 5 keluarga yang tiada dalam senarai. Mereka baru tiba dari Idlib pagi tadi. Boleh ke kita bagi mereka satu kotak makanan bagi setiap keluarga?”.

Saya segera menjawab “Tentu sekali boleh. Awak kata dia dari Idlib? Bukankah Idlib jauh dari sini? Saya ingin berjumpa mereka untuk tahu bagaimana mereka boleh sampai ke sini?”

Ahmad,sahabat kami itu pun membawa dua orang wanita dari kumpulan tersebut. Mereka mula berkongsi dengan saya tentang perjalanan mereka yang jauh dan meletihkan itu.

“Kami menaiki kereta selama tiga hari. Dua hari kami terpaksa merentasi kawasan berbukit untuk sampai ke sini. Perasaan takut supar nak dibayangkan tetapi hanya itu pihan yang ada”.

Saya bertanya “Puan dari daerah mana di Idlib?”. Salah seorang dari mereka menjawab, Jarjanaz. Saya terus menoleh ke seorang staf yang menemani saya, “Kita ada publish berkenaan serangan di Jarjanaz baru-baru ini!”. 

Rupanya mereka antara mangsa yang terselamat. Mengambil risiko perjalanan yang jauh ini kerana serangan yang begitu teruk berlaku di kampung dan mereka perlu melarikan diri. Salah seorang dari mereka mempunyai abang di kawasan ini. Dan perjalanan mereka tidaklah percuma. 6 orang dewasa di kalangan mereka termasuk seorang pakcik yang buta terpaksa membayar 2,000 USD setiap seorang. Punya lah mahal!

Saya sungguh tersentuh melihat keadaan mereka. Yang ada hanyalah pakaian di tubuh sahaja. Oleh kerana mereka baru tiba mereka tidak mempunyai khemah lagi. Bayangkan sudahlah terpaksa melalui perjalanan yang panjang dan menakutkan, bila sudah sampai mereka tida tempat untuk berehat sedangkan ada di kalangan mereka bayi berumur 5 bulan. Ya Allah sukarnya kehidupan mereka…

Ahmad bertanya kepada saya samada pihak Syria Care bolehkah membayar pembelian khemah untuk para pelarian yang baru tiba ini? Setelah mengenalpasti wang di tangan cukup kami terus bersetuju. Terasa bersyukur dapat melakukan sesuatu untuk mereka. Saya tak dapat nak bayangkan bagaimana jika saya di tempat mereka.

Teringat sanda Baginda saw.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: *“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. “Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Jom lakukan kebaikan hari ini. Klik pautan berikut untuk membantu.

Donate

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care
Pengerusi Syria Care

#syriacarehumanitarianmission7
#travelog
#bantuanmusimsejuk

Kongsi Artikel Ini