Travelog MKSC 7.0 : ‘Aazaz Syria

11

4 Disember 2018
Hari keenam Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0
‘Aazaz Syria

Dari kejauhan saya menyaksikan betapa cekalnya anak-anak pelarian Syria mencari ilmu. Hujan, lumpur dan keadaan yang becak tidak menghalang mereka ke sekolah. 

Dalam cuaca sejuk, ada yang sanggup meredah lumpur dan kebasahan untuk ke kelas. 

Saat-saat itu saya rakamkan melalui telefon semasa kami dalam perjalanan pulang ke Kilis selepas selesai ziarah dan agihan selimut dan pek pakaian di dalam Syria.

Kecekalan yang ditunjukkan memberi semangat kepada diri ini untuk terus menuntut ilmu walaupun sekarang umur tidak semuda mana. 😂

Fikiran saya jauh merewang menjangkaui sempadan bumi Syam yang sedang kami dilewati. 

“Ya Allah beruntungnya diri ini. Mereka walaupun susah dan dhaif tetap mengutamakan ilmu.

Sedangkan aku..?

“Aku akan habiskan pengajian,” Dalam diri tercegat, kata-kata itu bermain di sanubari.

Kepada yang membaca status ini, saya meminta teruskan sumbangan anda untuk membantu pendidikan anak-anak Syria. Bersama kita membantu memberi peluang kepada mereka untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Terima kasih Syria Care kerana memberi peluang menjadi anggota misi, perjalanan ini benar-benar menginsaf diri.

Nurul
Koordinator Projek Tajaan Anak Yatim Syria

#travelog
#misikemanusiaansyriacare

Kongsi Artikel Ini