Travelog MKSC 6.0 : Juadah berbuka pertama di Syria

21

Travelog MKSC 6.0 :

Berbuka merupakan nikmat buat semua yang berpuasa tidak kira berada dimanapun. Dan aku setiap kali melihat juadah berbuka, setiap kali lah akan aku terkenangkan juadah puasa saudaraku yang berada di Bumi Syam. 

Kita disini sehinggakan tidak dapat untuk menentukan untuk makan apa sedangkan pelbagai juadah dan menu terhidang di depan mata. Berbeza dengan mereka di sana, apa yang ada dan apa yang diperoleh….itulah juadah mereka.

Melihat para petugas Syria Care menyediakan sendiri juadah berbuka puasa di Dapur Rakyat, Turkman Bareh menyentuh hati ini. Kesungguhan mereka sangat luar biasa.

Dan kesempatan untuk mengagihkan juadah tersebut di beberapa penempatan pelarian juga, terkesan pada jiwa ini….mereka menyambut kedatangan team misi dengan hati yang terbuka dan penuh dengan lafaz syukur serta doa buat kita semua.

Di Bumi Syam ini, mengajar aku 2 perkara iaitu syukur dan redha.

SMWH
Misi Kemanusiaan Syria Care 6.0
10062018

_Gambar: Inilah juadah hari pertama mereka yang berada di Turkman Bareh, Pinggir Aleppo. Alhamdulillah, team misi dapat merasa juadah ini semasa berbuka puasa._

Kongsi Artikel Ini