TIDAK CUKUP LAGIKAH BUKTI?

WhatsApp Image 2018-04-09 at 16.53.39(1)

Tentera regim Bashar al Assaad didakwa melancarkan tidak kurang 215 serangan senjata kimia ke atas orang awam dan kumpulan anti kerajaan sejak kebangkitan rakyat bermula tujuh tahun lalu.

Pendedahan itu sekaligus bercanggah dengan kenyataaan Damsyik bahawa ia telah memusnahkan simpanan senjata berkenaan.

Menurut Anadolu, serangan mutakhir yang telah dibuat pada Jumaat dan Sabtu lalu telah menunjukkan regim dan sekutunya masih menyimpannya.

Katanya, pembantaian ke atas Douma itu menjadi bukti baru.

Ia pembunuhan kedua besar-besaran menggunakan senjata kimia dalam tempoh setahun selepas serangan di Khan Sheikhoun pada 4 April 2017, yang membunuh hampir 100 nyawa.

Sebelum ini, Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OCPW) telah mengesahkan bahawa stok senjata berkenaan telah dimusnahkan dalam proses yang dibuat pada 19 Ogos 2014.

“Bagaimanapun, pertubuhan itu (OCPW) hanya memusnahkan simpanan yang dikeluarkan. Serangan terbaru menunjukkan bukti regim menyembunyikan sebahagian besar senjata kimia,” lapor Anadolu.

Dalam laporannya pada 4 April 2018, The Syrian Network for Human Rights (SNHR) mengesahkan regim telah melancarkan 11 serangan senjata kimia selepas pembunuhan di Khan Sheikhoun.

Serangan yang dibuat pada malam Sabtu itu adalah yang ke-215.

Kongsi Artikel Ini