TIADA BUKTI SERANGAN SENJATA KIMIA-RUSIA

WhatsApp Image 2018-04-10 at 08.12.54

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menegaskan tiada bukti yang menunjukkan kesan penggunaan klorin atau senjata kimia lain dalam serangan ke atas Douma minggu lalu.

Kenyataan itu dibuat selepas pakar ketenteraannya melawat kawasan berkenaan.

“Pasukan pakar ketenteraan kami telah melawat kawasan itu dan mereka tidak menemui sebarang kesan klorin atau senjata kimia lain yang telah digunakan untuk menyerang orangg awam,” katanya kepada Interfax.

Penegasan yang sama dibuat Duta Rusia ke Majlis Keselamatan Vassily Nebenzia ketika mempertahankan tindakan negaranya dan regim Bashar al Assad terhadap tuduhan bertanggungjawab melakukan pembunuhan besar-besaran ke atas orang awam di Douma.

“Tiada serangan senjata kimia,” tegasnya.

Lebih dari itu, diplomat kanan Moscow itu turut mengeluarkan ancaman akan bertindak mempertahankan sekutunya sekiranya sebarang tindakan diambil ke atas Bashar.

Ia memberi amaran kepada Washington, ia akan menjadi “kubur besar” sekiranya serangan dilakukan ke atas Damsyik.

“Melalui saluran sepatutnya kami telah menyampaikan kepada Amerika Syarikat bahawa tentera telah dijadikan helah untuk berbohong untuk menentang Syria (regim Bashar), di mana tentera Rusia ditempatkan secara sah, sebarang tindakan yang diambil boleh menjadi “kubur besar” jelasnya.

Dalam kenyataan yang sama dia dengan sinis meminta Pertubuhan Pencegahan bagi Menghalang Senjata Kimia (OCPW) supaya badan berkenaan ke Douma pada Selasa bagi mendapatkan bukti bagi pengesahan sebenar berhubung tuduhan yang dilemparkan.

Serangan terbaru yang mengorban hampir 100 nyawa pada Jumaat dan Sabtu lalu, memburukkan konflik di Douma yang menjadi kubu terakhir penentang anti Bashar di Timur Ghoutah.

Mengulas mengenai perkembangan terkini di Syria, Presiden Donald Trump pada Isnin berkata, dia telahpun berbincang dengan pegawai tinggi tentera Amerika Syarikat dan akan memutuskan tindakan selanjutnya.

Beliau juga akan memutuskan tindakan yang akan diambil kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu, sama ada Rusia, Syria, Iran atau semua mereka.

Kongsi Artikel Ini