Solat Si Cilik 6.0
24 Nov 2018 – Penganjuran kali ke-6 Solat Si Cilik 6.0 telah berlangsung semalam. Program Solat Si Cilik 6.0 adalan anjuran Syria Care dan Tuisyen@Masjid dengan kerjasama pihak Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur sebagai penganjur lokasi.
Objektif utama program ini adalah untuk memupukkan minat serta menanam rasa kepentingan solat dalam diri kanak-kanak. Penyertaan seramai 72 orang semalam dari kalangan umur semuda 5 tahun hingga 13 tahun.
Untuk pengisiannya, slot Bestnya Solat dimana pengenalan terhadap solat serta teori dan rukunnya yang dikendalikan oleh Ustaz Amirudin Ismail. Pada sebelah petangnya, slot Eksplorasi Solat yang dikendalikan oleh Bro Nor Firdaus Norzaini diadakan iaitu praktikal solat, wuduq, tayamum, bacaan dalam solat dan pengenalan kepada sukan sunnah memanah oleh jurulatih memanah, Bro Sedana Arief Razlan.
Selain itu, slot motivasi bersama PU Azhar Hilmi menekankan mengenai kepentingan solat dan nilai kemanusiaan juga diadakan.
Peserta juga turut bersama-sama dengan para jemaah masjid untuk melaksanakan solat Zohor dan Asar berjemaah.
Diantara perkara sunnah SAW yang turut diperkenalkan kepada peserta adalah makan dalam dulang. Keseronokan mereka dalam berkumpulan dapat juga dirasa melalui berkongsi makan tengahari.
Program Solat Si Cilik 6.0 diakhiri dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Tan Sri Abi Musa Asa’Ari bin Mohemed Nor, Pengerusi Masjid At-Taqwa, TTDI, Kuala Lumpur. Dan sesi penyampai sijil dan hadiah kepada para peserta.
2 peserta telah dipilih menjadi peserta terbaik iaitu adik Nazhan bin Nawiri (kategori lelaki) dan adik Nur Maisarah binti Abdullah (kategori perempuan).
Penghargaan turut diberikan kepada para urusetia dan fasilitator dalam menjayakan program ini.
[huge_it_slider id=”485″]