Sumbangan ini adalah hasil kutipan di 150 stesen Petronas seluruh Malaysia sejak Mei lalu dan merupakan sumbangan dari pelanggan-pelanggan mereka yang merasa terpanggil untuk membantu meringankan penderitaan rakyat rakyat Syria melalui usaha yang dijalankan oleh Syria Care dalam Kempen Ramadan Alkhair 4.
Pada peringkat awalnya setelah membuat temujanji untuk serahan hanya sejumlah RM50,000.00 yang dapat dikumpulkan.Tetapi pada hari serahan kutipan meningkat sehingga sekali ganda dan satu cek bernilai RM100,000.00 telah diserahkan dan diterima oleh Ustazah Sakinah sebagai mewakili Syria Care walaupun mengikut apa yang telah diceritakan kepada kami sebuah tabung telah dicuri orang dari salah sebuah stesen.
Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih di atas sikap proaktif yang ditunjukkan oleh para pengusaha stesen-stesen minyak Petronas ini juga kesemua pelanggan mereka yang perihatin dan telah bermurah hati untuk menyumbang.
Semoga Allah merahmati usaha yang dijalankan dan semoga ianya menjadi asbab buat semua yang terlibat untuk menjadi penghuni Syurga.Ameen.