Sekurang-kurangnya 23 orang maut dalam serangan udara ke atas bandar Shadadi di wilayah Hassakeh, Syria.
Dalam reaksinya, Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), tidak dapat mengesahkan sama ada serangan itu dibuat oleh sekutu Amerika Syarikat ataupun tentera udara Iraq.
Mengulas mengenai kejadian yang sama, agensi berita rasmi Syria, SANA, menuding jari ia angkara sekutu Amerika Syarikat.
Katanya, 10 kanak-kanak, enam wanita dan bakinya orang tua maut dalam kejadian itu.
Serangan dibuat dengan mensasarkan kawasan di mana sekutu Amerika Syarikat iaitu Syrian Demoratic Forces (SDF) memerangi saki baki anggota IS.
Dalam email kepada The Associated Press (AP) Jurucakap SDF, Lelwa Abdullah berkata tiada serangan udara dilancarkan ke atas kawasan berkenaan.
Bagaimanapun dia mengakui fasa terakhir bagi memerangi kumpulan itu telahpun bermula.
Katanya, kebelakangan ini berlaku peningkatan serangan di bahagian timur Syria yang bersempadan dengan Iraq, di mana kumpulan IS dikatakan cuba bergabung semula sesama mereka.
Menurut Lelwa lagi, bagi membersihkan kawasan itu, selain bantuan dari Amerika Syarikat, SDF akan bekerjasama dengan tentera Iraq yang akan menyeberang sempadan ke kawasan yang dikuasainya.