Si bunga raya di Syria

158420871 1406725322999716 5983242035208086953 N

Pada awal kedatangan Omma dan tim ke bumi Syria, kami menziarahi sebuah penempatan buat anak-anak yatim lelaki. Bangunannya dari luar tersergam indah.

Di lamannya terdapat tempat untuk beriadah.

Melangkah masuk ke dalam Omma terpegun melihat kebersihannya. Semuanya teratur. Ada ruang aktiviti, bilik tidur, bilik prep dan kawasan untuk solat.

Anak-anak yatim yang tinggal di situ akan ke sekolah di sebelah pagi dan setelah pulang, mengikuti aktiviti yang ditetapkan di asrama ini.

Apabila dibawa masuk ke bilik-bilik tidur, hati Omma berbunga gembira. Di atas setiap katil ada selimut berwarna merah hati dibentangkan.

Ya…selimut yang telah dihantar Syria Care sewaktu awal musim sejuk. Ada yang melipat agar logo ke atas. Ada yang letak bunga raya di sebelah atas.

Omma dan tim melihat teruja. Seronok bila melihat usaha kami dan infaq orang ramai digunakan sebaiknya. Inilah kegembiraan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Kepuasan apabila melihat usaha yang dicurahkan dimanfaatkan.

Terima kasih buat semua penyumbang.
Sebesar mana pun nilai sumbangan anda, ianya cukup bernilai buat mereka.

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki a.k.a Omma Sakinah
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 12.0
Mac 2021
Utara Syria

#misiikemanusiaansyriacare12#ommawrites#ommatravels#iamahumanitarianworker

Kongsi Artikel Ini