27 November 2018 – Wakil Snow Cap Amal Crochet atau Crochet Knit Artiste Group menyerahkan crochet (topi kait) kepada Syria Care untuk diagihkan kepada kanak-kanak pelarian Syria pada musim sejuk tahun ini.
Pada majlis ringkas yang berlangsung di pejabat Syria Care pada Rabu, sebanyak 200 topi crochet telah disumbangkan dan ia akan dibawa oleh petugas Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 serta Kembara Misi Kemanusiaan Syria Care 2.0 ke Syria dan Turki.
Syria Care amat berbesar hati dengan usaha yang dilakukan dan merakamkan jutaan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah bertungkus lumus menghasilkan topi ini. Semoga usaha murni dan sumbangan yang diberikan diberkati Allah.