Syrian Observatory for Human Right (SOHR) mengesahkan jumlah korban akibat letupan depoh senjata di Sarmada, Idlib, mencecah 39 nyawa.
Daripada angka itu, 21 mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Insiden yang berlaku pada Ahad, turut mengakibatkan berpuluh yang lain cedera.
Letupan kuat turut meranap bangunan lima tingkat.
Menurut Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman, depoh berkenaan berada di ruang bawah tanah bangunan dan dikendali oleh rangkaian kumpulan yang dikaitkan dengan Al Qaeda.
Katanya kebanyakan mereka yang terbunuh terdiri daripada anggota keluarga kumpulan Hayat Tahrir al Sham (HTS).
Sebahagian besar mangsa terdiri daripada mereka yang dipindahkan dari Homs.
Setakat ini, punca kejadian masih menjadi tanda tanya sama ada ia perbuatan sabotaj atau sebaliknya.
Razali Awang
Media Syria Care