Keadaan di Douma semakin genting selepas permintaan Jaish al Islam yang menguasai bandar berkenaan untuk terus kekal di situ ditolak Rusia.
Dalam rundingan yang diadakan, kumpulan berkenaan bersetuju meletak senjata tetapi dengan syarat mereka dan anggota keluarga dibenarkan untuk terus kekal berada di Douma.
Jurucakapnya, Hamza Bayraqdar berkata, Jaish al Islam bersetuju menyerah senjata berat dan sebagai pertukaran bekalan air dan elektrik di Douma disambung semula.
Bagaimanapun ia berakhir selepas Rusia memberi kata dua, menyerah atau berdepan dengan serangan.
Dalam perkembangan berasingan, sejumlah besar kumpulan penentang Faylaq al Rahman dan orang awam yang meninggalkan Arbin dan Zamalka selamat tiba Qalaat al Madiq di bahagian tengah wilayah Hama.
Middle East Eye melaporkan konvoi yang terdiri 6,700 telah berlepas dari kawasan berkenaan pada awal pagi Selasa.
Setakat ini, 13,000 penduduk dari kawasan yang dikuasai Faylaq al Rahman telahpun tiba di situ.
Menurut jurucakapnya, Wael Alwan, secara keseluruhan perpindahan membabitkan sejumlah 30,000 orang awam termasuk kumpulan anti kerajaan.