RUSIA MANIPULASI VIDEO

1066716 199363552
Akhbar pro Moscow RT News, memuat naik rakaman video menunjukkan saat-saat akhir juruterbangnya dibunuh selepas berjaya menyelamat diri selepas pesawatnya ditembak jatuh di Idlib, Syria.
 
Rusia menggunakan rakaman yang dikongsi di laman sosial termasuk Youtube bagi menutup kejahatannya selama ini yang bersekongkol dengan regim Bashar al Assad dengan membunuh lebih 500,000 rakyat Syria.
 
Di laman Youtube berbahasa Arab dengan tajuk Idlib, ia menunjukkan bagaimana kumpulan pejuang yang dipercayai Hayat Tahrir al Sham bertindak mengejar “pembunuh” dengan mengepungnya yang bersembunyi di balik bongkahan batu.
 
Ia kemudian disusuli dengan tembakan dan letupan bom tangan.
 
Terdahulu, Kementerian Luar Rusia, mengesahkan juruterbang pesawat pejuang Su-25, telah ditembak jatuh pada Sabtu itu sebagai Major Roman Filippov.
 
Kremlin mendakwa mangsa terbunuh ketika bertempur di darat selepas berjaya menyelamatkan diri dengan kerusi pantul.
 
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini