Dari Khemah Daif ke Kehidupan Bermaruah
Bantu keluarga di Salma, Latakia yang dikenali sebagai
'Bandar Sejuta Bom' membina semula komuniti yang selamat dan lengkap.
Realiti Pahit Di Sebalik Pembebasan Syria
Selepas bertahun hidup di khemah daif, keluarga yang pulang ke kampung halaman hanya menemui rumah runtuh, bumbung bocor, dan tandas yang tidak berfungsi akibat dibom.
Bukan itu sahaja, sekolah dan masjid yang dahulunya menjadi pusat ilmu dan tempat masyarakat berkumpul turut rosak teruk, meninggalkan anak-anak tanpa ruang belajar dan penduduk tanpa tempat beribadah.

Panas terik ketika musim panas, manakala sejuk menggigit tatkala musim sejuk.

Risiko kesihatan dan trauma.

Anak-anak tiada ruang belajar dan membesar dengan baik.

Seisi keluarga terpaksa berkongsi ruang khemah sempit tanpa dinding pemisah.
Bagaimana Kita Boleh Bantu Mereka?
Projek Roof4Syria
Kos Keseluruhan Projek:
RM226,679.60
Penerima Manfaat:
Rumah: 25 keluarga (125 individu)
Sekolah & Masjid: Seluruh Komuniti Salma
Projek ‘Roof4Syria’ merangkumi baik pulih rumah, sekolah dan masjid agar penduduk dapat kembali ke rumah, anak-anak berpeluang mendapatkan pendidikan rasmi dan penduduk dapat beribadah dengan selamat dan selesa.
Rumah-rumah yang dikenal pasti akan melalui proses baik pulih meliputi kerja-kerja pembaikan dinding, lantai, dan bumbung, serta penyelenggaraan pendawaian elektrik dan sistem perpaipan.
Pemasangan semula pintu, tingkap, dan bilik air turut dijalankan, di samping kerja mengecat dan memplaster semula bagi memastikan keselesaan penduduk.
Dengan rumah, sekolah, dan masjid yang selamat, keluarga dapat hidup bermaruah, tenang, serta anak-anak dapat membina masa depan yang lebih baik.
Bayangkan wajah seorang anak kecil yang akhirnya dapat tidur lena di bilik yang selamat tanpa lubang di dinding, belajar di sekolah, dan ibu bapa dapat beribadat dengan tenang di masjid berhampiran.
Anda mampu jadikan ia realiti.
Tahukah Anda?
Syria Care telah terbukti berjaya melaksanakan projek perumahan hasil sokongan rakyat Malaysia.
Sumbangan manual, transfer, atau secara Cash Deposit Machine boleh disalurkan ke akaun :
MAYBANK ISLAMIC
5505 1424 0503
Rujukan: Roof4Syria
Sumbangan melalui kod QR :