Agihan MAKANAN hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk Tabung Rayuan Bantuan Kecemasan Idlib
Laporan Hari Keenam
Menu : Nasi, daging, kekacang dan yogurt
Jumlah : 260 pek makanan
Agihan kali ini khas buat keluarga pelarian dari Ghoutah, Homs dan Aleppo.
Kawasan Agihan : Al Bab Pinggiran Aleppo
NGO Perlaksana : Ulfah Relief
Alhamdulillah kerana dengan izinNYA bantuan yang kita hulurkan untuk saudara kita di wilayah bergolak tersebut dapat diagihkan dengan jayanya.
Terima kasih yang tidak terhingga buat para penyumbang yang setia membantu menghulurkan bantuan dan sokongan buat mereka di Idlib. Semoga Allah memberkati kalian.
[huge_it_slider id=”423″]