Angka korban gempa bumi kuat yang melanda sempadan Syria – Türkiye berukuran 7.8 magnitud pada 6 Februari lalu sudah melangkaui 50,000 menurut perangkaan terkini yang dikeluarkan pada 24 Februari 2023.
Mereka yang terselamat berdepan dengan ancaman musim sejuk dengan suhu sehingga di bawah paras beku. Kehidupan perlu diteruskan namun bekalan makanan susah untuk diperolehi.
Perjalanan penderitaan mereka masih belum tamat dan tidak terbayang kesengsaraan yang terpaksa mereka hadapi pasca gempa bumi kuat yang berlaku.
Dilaporkan 9,000 gegaran susulan dikesan di sempadan itu sejak 6 Februari lalu.
Bersama, kita berikan sinar harapan buat mereka yang memerlukan di samping meraih ganjaran Ramadan.