Korban Membentuk Peribadi Qana'ah (Bersyukur)
Ibadah korban yang dilaksanakan adalah satu tanda kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ia merupakan amalan yang signifikan dalam Islam dan dilaksanakan di seluruh dunia
oleh ramai umat Islam ketika menyambut Hari Raya Aidiladha.
Daripada Aisyah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Hari Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah SWT selain daripada menumpahkan darah (binatang korban).
Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
[Riwayat Al Tirmizi: 1493]
Pendaftaran Korban 1446H / 2025M
Syria Care memudahkan rakyat Malaysia, Singapura, dan penduduk negara jiran yang ingin melaksanakan ibadah korban di Timur Tengah, Asia Tenggara dan Afrika melalui projek ‘Qurban Aid‘.
Sebagai manfaat, ibadah korban anda dapat membantu sesebuah keluarga di lokasi tersebut dengan menyediakan daging segar kepada keluarga anak-anak yatim, balu, dan mereka yang memerlukan.
07 Hari
09 Jam
43 Minit
39 Saat
SUDAH TIBA
![Infaq Meat]](https://syriacare.org.my/wp-content/uploads/2024/04/infaq-meat.jpg)
Infak Daging merupakan suatu inisiatif untuk orang ramai infak daging segar serendah RM50 bagi membantu umat Islam di Syria, Malaysia, Lubnan, Yaman, Afghanistan, Uganda, Nepal, Kemboja, Thailand, Indonesia, Ghana, Nigeria dan Sudan.
Hasil sumbangan dikumpulkan sehingga cukup untuk membeli seekor kambing, lembu atau kerbau untuk disembelih dan dagingnya diagihkan kepada fakir miskin, balu, anak yatim dan mereka yang memerlukan.
**Infak Daging adalah sedekah, bukan ibadah korban.
Amanah & Telus
Dalam Melaksanakan Tanggungjawab
Syria Care telah terbukti melaksanakan korban sejak tahun 2012.
Melalui projek ‘Qurban Aid’, bermula tahun 2014 sehingga 2024, lebih 1,041,384 orang telah menerima manfaat di Syria, Palestin, Lubnan, Uganda, Yaman dan Afghanistan.
Testimoni Peserta
Saya amat berpuas hati melakukan korban bersama Syria Care. Pengurusan terbaik dalam tanggungjawab melaksanakan hal-hal berkaitan korban dan perkongsian terperinci.

Jazakallahu khayran kathira, semoga ada keluarga yang mendapat manfaat dari daging korban tersebut walaupun taklah byk mana. Semoga Allah SWT memberkati pihak Syria Care yang mengusahakan ibadah ini, Aamiin.

Alhamdulillah, syukur dan jazakumullah utk pihak Syria Care yg telah menjalankan ibadah korban untuk diri saya tahun ni.

Saya amat berpuas hati melakukan korban bersama Syria Care. Pengurusan terbaik dalam tanggungjawab melaksanakan hal-hal berkaitan korban dan perkongsian terperinci.

Jazakallahu khayran kathira, semoga ada keluarga yang mendapat manfaat dari daging korban tersebut walaupun taklah byk mana. Semoga Allah SWT memberkati pihak Syria Care yang mengusahakan ibadah ini, Aamiin.

Previous
Next
Kelebihan Melakukan Ibadah Korban Bersama Syria Care
Manfaat ibadah korban anda akan dapat membantu mereka yang memerlukan dengan menyediakan daging segar kepada mereka yang paling memerlukan.

Berpengalaman
12 tahun pengalaman dalam mengendalikan ibadah korban terutamanya di Syria dan Lubnan.

Yakin & Dipercayai
Dipercayai & disertai oleh beribu masyarakat dalam menunaikan ibadah korban mereka.

Mudah
Pendaftaran yang mudah dilakukan, hanya perlu pilih pakej dan daftar sahaja.

Bukti Penyertaan
Peserta korban akan menerima e-sijil berserta gambar korban melalui emel yang telah didaftarkan.

Harga Yang Berpatutan
Pelbagai pilihan negara dan pakej mengikut bajet anda.

Telus & Bertanggungjawab
Kami memastikan agihan daging sampai ke tangan mereka yang betul-betul memerlukan.
Untuk maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan,hubungi kami di talian:
Telefon: +6013 971 5901
Emel: info@syriacare.org.my
Untuk permulaan, anda juga boleh memuat turun soalan-soalan lazim berkenaan korban.