Banner Website-01

QURBAN4SYRIA

Ibadah korban adalah amalan yang signifikan dalam Islam dan dilaksanakan di seluruh dunia oleh berbilion umat Islam ketika Aidiladha dan tiga hari selepasnya.

Melalui program ini, Syria Care memudahkan orang ramai yang ingin melaksanakan ibadah korban di bumi Syam, iaitu di Syria dan Palestin.

Sebagai manfaat, ibadah korban anda akan membantu keluarga-keluarga Syria dan Palestin yang memerlukan dengan menyediakan daging segar kepada anak-anak yatim, balu dan mereka yang telah terjejas akibat konflik berterusan di sana.

Tempahan awal boleh dilakukan dengan bayaran deposit sebanyak RM300 sahaja (Pendaftaran berdeposit ini terhad sehingga 31 Mei 2022).

Ia dibuka sekarang sehingga 9 Julai 2022.

SEDEKAH SEMBELIHAN

Sedekah Sembelihan merupakan suatu inisiatif untuk kita bersedekah daging buat pelarian di utara Syria dan Lubnan pada Aidiladha.

FAKTA :

Bolehkah kita melakukan korban di luar negara?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-66 yang bersidang pada 25 November 2004 telah memutuskan bahawa harus mengagihkan daging korban ke tempat atau negara lain.

Daripada Aisyah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al Nahr (Hari Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah S.W.T selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah S.W.T sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
[Riwayat Al Tirmizi: 1493]

Syria Care telah terbukti melaksanakan korban di Syria sejak tahun 2014. Pada tahun lalu sahaja (2021), seramai 267,250 pelarian Syria telah menerima agihan daging korban hasil sembelihan 16 ekor lembu, 192 ekor kambing dan 458 ekor kambing (sedekah sembelihan). Tahun ini, mereka berharap dapat menerima agihan sekali lagi.

Dengan melaksanakan korban di Syria dan juga Palestin, ia akan memberi sinar harapan untuk mangsa-mangsa konflik kemanusiaan bergembira dengan agihan daging korban sempena Aidiladha.

Pakej Qurban4Syria

Thumbnail qurban-01
Thumbnail qurban-02
Thumbnail qurban-03
Thumbnail qurban-11
Thumbnail qurban-10

Sedekah Sembelihan

Harga yang tertera termasuk kos pengurusan.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan sila hubungi
011 2880 9820
financemanager.syriacare@gmail.com