PENGUNJUNG MYFEST MALAYSIA HULUR SUMBANGAN

Uw3a5711

Tragedi buruk yang menimpa rakyat Syria mendapat perhatian pengunjung karnival MyFest Malaysia 2018 selepas mendengar perkongsian yang bertajuk ‘Sedekah Luar Biasa’.

Perkongsian tersebut disampaikan oleh tiga orang ahli panel iaitu pendakwah, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Pengurus Kanan Syria Care, Nurdieana Mohd Mardzi, Presiden Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan dan Pemikiran Kreatif Malaysia (PEWANGI), Datin Nabilah Sanusi dan Pencetus Ummah (PU) Azhar Hilmi selaku moderator.

Ustaz Pahrol menyatakan bahawa, untuk mengetahui kehebatan bersedekah tidak perlu tunggu bila sudah kaya, cukup sekadar berkongsi nikmat yang diperolehi dengan niat ikhlas kepada Allah untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.

“Isu kemanusiaan di Syria sudah berlanjutan selama tujuh tahun yang mana lebih 500,000 rakyat negara itu terkorban manakala 13 juta lagi terpaksa menjadi pelarian sama ada di dalam atau di luar negara”,ujar Nurdieana.

“Sebagai usahawan, kita mempunyai sasaran untuk mencapai keuntungan tertentu dalam apa jua bidang perniagaan yang diceburi, tetapi jangan kita lupa untuk turut sama mencari keberkatan dalam berniaga dengan bersedekah kerana lebih kita beri, lebih lagi Allah akan tambah”, katanya sambil mengajak pengunjung MyFest untuk tampil menghulurkan sumbangan kepada rakyat Syria melalui Syria Care.

Karnival tersebut berlangsung selama empat hari bermula dari 22 Mac (semalam) hingga 25 Mac 2018 bertempat di Tapak parkir Tesco Semenyih.

Syria Care juga akan turut serta dalam Larian Amal Ria MyFest sejauh 3KM pada hari ahad yang turut menampilkan artis muda As’ad Motawh dan pelantun lagu Bismillah, Ikhwan Fatanna.

[huge_it_slider id=”150″]

 

Kongsi Artikel Ini