Pembedahan Zahra’ telah dilaksanakan

 
Alhamdulillah..
Pembedahan tumor otak Zahra’ Tolib telah selamat dijalankan pada Rabu, 11 Julai 2018. Video yang diterima ini hasil kiriman ibunya yang menemani Zahra’ sepanjang di hospital.
 
Syria Care telah melancarkan Tabung Kecemasan Zahra’ pada minggu lalu dan hasil sumbangan rakyat Malaysia berjaya mengumpul sebanyak RM22,920.75 untuk pembiayaan kos pembedahan anak kecil ini.
 
Mari kita sama-sama doakan yang terbaik untuk kesihatan adik Zahra’ agar dia dapat tersenyum manis seperti sebelum ini.
 
#syriacaremedia #syriacareforhumanity

Kongsi Artikel Ini