Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) menyerahkan wang RM30,360 buah mewakafkan empat buah rumah di Wakaf Kampung Malaysia Syria Care (WKMSC), Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria di Al Bardaqli, Atma, utara Syria.
Penyerahannya dibuat oleh Yang DiPertua Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhammad kepada Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki di kediaman Menteri Besar Selangor pada Selasa (10 November 2020).
Dua dari rumah berkenaan adalah hasil usaha Yang Amat Mulia Tengku Puteri Datin Paduka Arafiah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj.
Alhamdulillah, semua 292 unit rumah bagi projek berkenaan telah diwakafkan orang ramai.
Syria Care kini sedang mengumpul dana untuk menyiapkan Souq Barakah, sebuah premis perniagaan yang menjual pelbagai barangan keperluan harian seperti bahan dapur, buah-buahan, daging mentah, roti dan pelbagai lagi.
Wakaf tunai Souq Barakah dibuka dari serendah RM30.
#kampungmalaysiasyriacare#wakafperumahanpelariansyria#darikhemahkerumah\