OPERASI DI AFRIN: LIMA PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI

WhatsApp Image 2018-01-23 at 12.12.53 PM
Pada 20 Januari, Turki melancarkan Operation Olive Branch untuk membersih Afrin, Syria dari YPG/PKK.
 
Serangan udara dan darat bermula selepas Amerika Syarikat mengumumkan rancangan untuk terus meneruskan sokongan ketenteraan kepada YPG di Syria, kumpulan pengganas yang bersekutu dengannya ketika memerangi Daesh di negara berkenaan.
 
1. Turki mendakwa YPG bercita-cita untuk membentuk wilayah autonomi di bahagian tenggara sempadan wilayahnya.
 
YPG dengan pertolongan ketenteraan Amerika Syrikat telah mula memerangi Daesh pada 2014. Ia menguasai satu perempat wilayah Syria sekarang. Turki mendakwa YPG menggunakan sokongan daripada kuasa dunia itu untuk mengukuhkan cengkaman di bahagian timur laut Syria dan menjadikan usaha memerangi Daesh sebagai satu alasan. Tiga tahun kemudian, Daesh telah berjaya dibenteras daripada bahagian itu, tetapi YPG masih mendapat sokongan Amerika Syarikat. Ini menimbulkan persoalan mengenai tujuan utamanya di kawasan berkenaan dan sokongan berterusan yang diperolehi dari Amerika Syarikat.
 
Pada 13 Januari, Amerika Syarikat yang mengetuai pasukan bersenjata mengumumkan akan membentuk 30,000 Border Security Force atau Tentera Keselamatan Sempadan yang turut membabitkan anggota YPG berhampiran sempadan Turki yang terletak di utara Syria.
 
2. Kebimbangan utama Turki adalah ancaman keselamatan dari YPG.
 
YPG adalah cabang dari PKK Syria yang diisyithar sebagai pertubuhan pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU). PKK telah bertempur lebih 30 tahun dengan kerajaan Turki dalam kempen berdarahnya yang menyebabkan lebih 40,000 terbunuh termasuk orang awam.
 
Percubaan sering dibuat oleh YPG/PKK untuk menyusup masuk ke wilayah Turki melalui Pergunungan Afrin. Mereka juga berterusan memberikan sokongan dengan menyokong keganasan di Turki dengan melakukan penyeludupan militan, senjata, dan bahan letupan dari Syria ke Turki.
 
3. Turki dakwa Operation Olive Branch penting untuk bebaskan penduduk Afrin.
 
Pada Jun 2015, YPG/PKK telah cuba melakukan pembersihan kaum terhadap etnik Arab dan Turki yang tinggal di Tel Abyad, sehingga memaksa mereka melarikan diri. Jadi Kewujudan mereka di bahagian utara Syria telah mengancam penduduk tempatan yang terdiri daripada etnik Arab dan Turki dan juga orang Kurdish yang tidak menyokong YPG. Kebanyakan rakyat Syria yang melarikan diri dari kawasan yang dikuasai YPG, kini mencari perlindungan di Turki.
 
4. Afrin penting bagi membendung ancaman serantau yang lebih besar
 
Sebarang langkah oleh YPG untuk menuntut lebih banyak wilayah di bahagian barat laut Syria bermakna usaha yang dibuat Turki semasa Operation Euphrates Shield serta langkah yang telah diambilnya di zon bebas perang di Idlib dan bahagian berkenaan akan membazir.
 
Kewujudan zon bebas perang Idlib yang dikuatkuasa bersama dengan Turki, Rusia dan Iran bertentangan dengan kepentingan kumpulan pengganas itu. Apabila Turki mewujudkan kawasan pemantauan di utara Idlib, yang terletak bersebelahan dengan Afrin ia menjadi penghalang kepada kumpulan berkenaan yang didakwa Ankara, cuba mengembangkan pengaruhnya ke Mediterranean.
 
Juga, ketika tentera Turki melancarkan Operation Euphrates Shield di dua kawasan yang dikuasai YPG, iaitu Afrin and Manbij, pada August 2016 bersama dengan Free Syrian Army (FSA), ia bukan sahaja membebaskannya dari Daesh tetapi menghalang YPG/PKK untuk membentuk koridor di antara dua kawasan berkenaan.
 
YPG menguasai a 65 peratus kawasan di sempadan Turki-Syrian. Keutamaan Turki adalah melindungi kawasan yang dikuasai penuh oleh YPG di situ kerana ia mengancam hubungannya dengan dunia Arab dan rakyat Syria yang berketurunan Turki.
 
Sejak itu, kumpulan berkenaan sering menjadi sasaran tentera Turki.
 
5. Operation Olive Branch boleh mengubah corak perang Syria
 
Apabila Amerika Syarikat meningkatkan sokongannya kepada YPG di timur laut Syria, ia menimbulkan kemarahan Turki dan mendorongnya untuk bekerjasama dengan Moscow pada 2016. Walaupun kedua negara itu menyokong kumpulan berlawanan, kedua-duanya menjadi penjamin kepada empat zon bebas perang sepertimana yang dipersetujui pada Perbincangan Astana.
 
Bagaimanapun, Moscow adakalanya menghalang Turki untuk memerangi YPG dan menegaskan bahawa kumpulan itu perlu perlu terbabit dengan perbincangan antarabangsa mengenai masa depan Syria. Ia membuktikan bahawa Rusia tidak pernah bersetuju secara mutlak mengenai pendirian Turki terhadap kumpulan berkenaan. Rancangan masa depan YPG menjadi salah satu faktor kebimbangan Ankara.
 
Sebaliknya, Rusia yang menguasai ruang udara Syria telah bersetuju dengan Turki untuk membenarkan pesawat udaranya menggunakan ruang berkenaan dalam operasi memerangi YPG di Afrin. Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan Rusia, ia menyalahkan Pentagon kerana mengambil langkah provokatid kerana membekalkan senjata dan menyokong kumpulan di Syria, merukuk kepada YPG.
 
Sewaktu menyatakan seokongan berterusan kepada YPG, Amerika Syarikat menafikan akan timbul sebarang konflik di kalangan anggota NATO.
 
Jurucakap Pentagon, Eric Pahon berkata, “Kami selalu tidak sependapat, tetapi mereka bersedia bekerjasama.” Tetapi Jeneral Joseph Votel, Komander Arahan Pusat Amerika Syarikat berkata operasi Turki di Afrin akan menganggu sekutu Amerika Syarikat memerangi Daesh di Syria.
 
Pada hari kedua operasi, Jabatan Negara dalam satu kenyataan meminta Turki menghentikan tindakannya.
 
“Setiausaha Tillerson menelefon rakan sejawatnya dari Turki dan Rusia pada Sabtu bahawa Amerika sangat bimbang dengan situasi yang berlaku,” tambahnya.
 
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata operasi di Afrin akan diselesaikan dalam tempoh terdekat dan selepas ini Manbij akan menjadi destinasi selanjutnya. – TRT World
 
Terjemahan oleh:
Razali Awang
Media Syria Care
 
 

Kongsi Artikel Ini