BANTUAN MAKANAN
UNTUK rakyat SYRIA YANG MEMERLUKAN
Walaupun Syria kini bebas, ribuan rakyatnya masih bergelut dengan kesan konflik kemanusiaan selama lebih 13 tahun lamanya. Mereka sedang berusaha mencari jalan untuk memulakan kehidupan, namun situasinya sangat rumit. Ramai yang tidak mampu dari segi kewangan, ditambah dengan keadaan rumah mereka yang telah rosak atau musnah.
Apakah yang akan terjadi sekiranya mereka tidak menerima bantuan? Sanggupkah kita membiarkan keluarga di sana kekal kebuluran?
Para ibu menangis melihat anak-anak mereka yang kekurangan zat. Si ayah pula menyalahi dirinya sendiri akan nasib keluarga sehingga tidak dapat memberikan yang terbaik untuk mereka. Anak-anak kecil menangis asbab daripada perut yang kosong menahan kelaparan sehingga terasa seperti di toreh isi dalamnya.
“Saya harus membuat keputusan sukar untuk terus hidup. Kami makan sedikit sahaja. Ada hari-hari ketika saya perlu memilih antara anak-anak saya untuk diberi makanan”.
– Abu Husain dari Aleppo, Syria.
PENGENALAN
APA ITU ODERFOOD?
Syria Care memperkenalkan konsep OderFood di mana kotak makanan yang mengandungi bahan-bahan makanan asas, hidangan pek makanan dan bekalan daging segar ‘Infaq Meat‘ boleh dipesan secara dalam talian dan dihantar kepada mereka yang memerlukan.
Menggunakan slogan “Anda pesan, kami hantar“ pesanan anda akan kami sampaikan kepada mereka di Bumi Syam, Syria dan Lubnan.
CARA MEMESAN
Hanya ikuti tiga langkah mudah di bawah:

Layari www.oderfood.my untuk mengenalpasti pakej tersedia.

Pilih pakej pilihan anda, masukkan butiran diri dan buat pembayaran.

Pesanan anda akan dihantar kepada rakyat Syria yang memerlukan.
PILIHAN PAKEJ
Berikut adalah pakej makanan yang boleh anda taja:

KOTAK MAKANAN
RM250.00 / keluarga

PEK MAKANAN
RM35.00 / seorang

INFAQ MEAT
RM50.00 / slot
KOTAK MAKANAN
Ketahui lebih lanjut mengenai kotak makanan.
Setiap kotak makanan mengandungi bahan asas seperti beras, minyak, bijirin gandum, pasta, makanan dalam tin dan lain-lain.
PEK MAKANAN
Ketahui lebih lanjut mengenai pek makanan.
Hidangan makanan berzat tinggi seperti nasi bersama ayam dan kekacang. Turut diagihkan bersama minuman yogurt ‘ayran’.
INFAQ MEAT
Ketahui lebih lanjut mengenai sedekah daging segar.
Jumlah sumbangan akan dikumpul sehingga cukup harga seekor kambing. Kemudian, kambing tersebut akan disembelih dan daging segar diagihkan kepada rakyat Syria.

















Sumbangan manual, transfer, atau secara Cash Deposit Machine boleh disalurkan ke akaun :
MAYBANK ISLAMIC
5505 1424 0349