Moments of Mission: Syria Care Kongsi Pengalaman Dengan Media

4

Lebih 20 pengamal media hadir di majlis Syria Care-Moments of Mission, yang diadakan di Hotel Tabung Haji Kelana Jaya pada Khamis.

Ia bermula dengan tayangan multi media mengenai misi kemanusiaan yang dibuat Syria Care atau Syria Care Mission 5.0 yang telah berada di Turki pada penghujung Oktober dan awal November lalu.

Tiga pelarian telah dipilih dan kisahnya kemudiaan dikongsi dengan paparan rakaman visual yang telah dibuat.

Ketiga-ketiga mereka, iaitu Rayyan, Amani dan Salleh mempunyai jalan cerita yang berbeza tetapi sarat dengan pengajaran.

Selain tayangan video, pada sesi yang diadakan, Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki turut berkongsi pengalaman bertemu dengan mereka yang disifatnya insan hebat dan istimewa.

Majlis yang berlangsung selama lebih sejam setengah, turut mengetengahkan Azadan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Ustaz Azadan Rabbani untuk berkongsi sendiri pengalamannya beramah mesra dengan anak-anak yatim dan pelajar sekolah tajaan Syria Care sewaktu menyertai Misi Kembara Jiwa dan Kemanusiaan Syria Care di Istanbul bulan lalu.

#SCNews 

[huge_it_slider id=”97″]

Kongsi Artikel Ini