Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 (2019)
Hari 8 | 9 Mei 2019
Kilis : Ziarah rumah balu, Makcik Rema
Makcik Rema mempunyai tujuh orang anak yatim. Alhamdulillah tiga daripadanya sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti manakala empat lagi masih bersekolah.
Rezeki keluarga ini, mereka menerima rumah percuma daripada pejabat Mufti Kilis dan sumbangan bulanan sebanyak TL800 dari Red crescent.
Makcik Rema sempat menceritakan perihal suaminya yang cuba menyeberangi sempadan Lubnan namun ditangka dan ditahan selama 15 hari. Dia terpaksa bertungkus lumus mencari duit untuk keluarkan suaminya.
Namun, setelah tiga hari dibebaskan suaminya meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Pada kunjungan kali ini, Syria Care turut menyerahkan sumbangan wang tunai kepada keluarga ini.
_______
Sumbangan khas untuk Ramadan boleh disalur melalui akaun bank Syria Care;
• Maybank: 562106653575
• CIMB Islamic: 8601894560
Sumbangan atas talian:
• https://syriacare.org.my/donate/
atau
• https://www.billplz.com/KRAK7
#misikemanusiaansyriacare9 #kempenramadanalkhair7 #raikanramadanbersama