Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 (2019)
Hari 8 | 9 Mei 2019
Kilis : Ziarah rumah balu, Makcik Ahlam
Makcik Ahlam adalah seorang balu yang berumur 39 tahun. Dia berasal dari Aleppo.
Dia mempunyai empat orang anak. Menceritakan tentang suaminya yang maut akibat dibom di rumah mereka sendiri.
Ketika itu dia dan anak-anaknya pergi menziarahi rumah adik beradik manakala suaminya hanya tinggal di rumah.
Apabila dia dimaklumkan bahawa rumahnya dibom, dia terus bawa anak-anaknya melarikan diri.
Kini mereka sekeluarga menyewa sebuah rumah di Kilis, Turki yang bernilai TL325 sebulan. Keluarga ini juga menerima sumbangan bulanan sebanyak TL600 dari badan kebajikan yang lain. Alhamdulillah.
Pada akhir pertemuan, Syria Care menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Makcik Ahlam hasil sumbangan anda semua.
_______
Sumbangan khas untuk Ramadan boleh disalur melalui akaun bank Syria Care;
• Maybank: 562106653575
• CIMB Islamic: 8601894560
Sumbangan atas talian:
• https://syriacare.org.my/donate/
atau
• https://www.billplz.com/KRAK7
#misikemanusiaansyriacare9 #kempenramadanalkhair7 #raikanramadanbersama