Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 (2019)
Hari 10 | 11 Mei 2019
Agihan Pek Bahan Mentah buat Pelarian Syria Di Lubnan.
Hari ke-10 Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 diteruskan di Lubnan bagi menyantuni pelarian Syria di sini. Ini merupakan hari pertama mereka di Lubnan.
Bermula dengan kunjungan hormat petugas misi di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Lubnan pada jam 10 pagi.
Istimewanya kali ini, aktiviti misi dan agihan turut disertai Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Dato Mohd Aznor Mahat serta keluarga bagi menyantuni pelarian Syria di Lembah Beqaa dan Baalbek.
Para petugas dan Dato Mohd Aznor Mahat berkesempatan mengagihkan 500 pek makanan buat pelarian Syria bagi kedua-dua kawasan tersebut. Agihan dianggarkan 500 pek bagi satu tempat.
Dato Mohd Aznor dan keluarga turut memberikan sumbangan peribadi berbentuk baju sejuk dan kurma sebagai tanda sokongan terhadap kerja-kerja kemanusiaan.
_________________
Sumbangan khas untuk Ramadan boleh disalur melalui akaun bank Syria Care;
• Maybank: 562106653575
• CIMB Islamic: 8601894560
Sumbangan atas talian:
• https://syriacare.org.my/donate/
atau
• https://www.billplz.com/KRAK7
#misikemanusiaansyriacare9 #kempenramadanalkhair7 #raikanramadanbersama