Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0 : Pejabat Wali Afrin

48373065 1960788480674647 410935693422886912 O

Hari kelapan
Misi Kemanusiaan Syria Care 7.0

Tarikh : Khamis, 6 Disember 2018
Lokasi : Kunjungan hormat ke Pejabat Wali Afrin

Setelah pasukan misi dibawa masuk ke Syria untuk kali yang keempat, mereka terus membuat kunjungan hormat ke Pejabat Wali Afrin.

Kehadiran mereka disambut mesra oleh Mufti Afrin sendiri iaitu Said Shanun dan Datuk Bandar, Said Suleiman.

Said Shanun yang merupakan rakyat Turki ini adalah seorang yang sangat lembut dalam berkata-kata.

Beliau bertanya kepada Pengerusi Syria Care melalui penterjemah, “Kenapa awak orang Asia datang untuk bantu orang-orang di Syria?”

Ustazah Siti Sakinah menjawab, “Isu Syria bukan isu rakyat Syria semata-mata tetapi isu ummah..” Kata Ustazah, dia ingin menambah lagi tetapi Wali Afrin berkata jawapan tersebut sudah mencukupi.

Pasukan misi sangat terharu atas layanan yang diberikan kerana mereka sangat mengalu-alukan kedatangan ini walaupun ini perjumpaan kali yang pertama.

#misikemanusiaansyriacare7

Kongsi Artikel Ini