MISI KEMANUSIAAN SYRIA CARE 6.0: ZIARAH MUFTI KILIS

0001

Pasukan Misi Kemanusiaan Syria Care 6.0 telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Mufti Kilis, Mahmut Karatepe.

Rombongan juga disertai oleh Sheikh Abdullah Rahhal dan anaknya Hassan Rahhal dari NGO Muassasah Al-Ahbab, rakan kerjasama Syria Care di Idlib, Syria.

Rombongan telah disambut baik oleh Mufti Kilis dan pegawai-pegawainya.

Perbincangan berkisar tentang peranan yang dimainkan kedua-dua pihak dalam menyantuni pelarian Syria malahan kedua-dua pihak bersetuju terhadap kepentingan proses pembangunan modal insan dengan menyediakan pendidikan yang sewajarnya buat anak-anak pelarian Syria.

Pertemuan ini merupakan kali kedua selepas pertemuan pertama pada Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 tahun lalu.

Semoga hubungan baik ini akan berterusan demi kepentingan saudara kita di Syria.

#KempenRamadanAlKhair6 #RamadanSyriaCare #misikemanusiaansyriacare6 #SyriaCareforhumanity

[huge_it_slider id=”184″]

Kongsi Artikel Ini