Pasukan Misi Kemanusiaan Syria Care 6.0 mula menggerakkan langkah mereka ke rumah-rumah pelarian Syria di Turki.
Keluarga ini salah satunya.
Mereka sekeluarga terdiri daripada ibu tunggal dengan 4 orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Suaminya meninggal ketika mereka masih berada di Syria dan dia terpaksa melarikan diri bersama anak-anaknya ke Turki bagi mencari perlindungan.
Anak-anaknya, Abdul Rahman, 14 tahun bekerja di kedai telefon dengan baiki telefon dan adiknya pula Salman yang berusia 12 tahun bekerja sebagai tukang jahit Walaupun usia masih muda tetapi mereka terpaksa keluar bekerja setiap hari untuk membantu ibu menampung kehidupan mereka di sana.
Lebih menyedihkan apabila setelah dua tahun mereka keluar dari Syria, anak-anaknya langsung tiada peluang untuk mendapatkan pendidikan di sekolah kerana keadaan yang mendesak.
Dalam pertemuan ini, Ustazah Siti Sakinah mewakili Syria Care mengambil kesempatan untuk menyampaikan bantuan pek makanan bagi kegunaan Ramadan ini.
Bantuan kewangan turut diberikan untuk ringankan bebanan.
Segala bentuk bantuan ini tidak dapat diserahkan tanpa sumbangan daripada anda semua.
Terima kasih rakyat Malaysia!
Teruskan membantu saudara dan anak-anak Syria melalui Syria Care.
1. CIMB Islamic:8601894560
2. Maybank Islamic: 562106653575
3. RHB Islamic: 26225000021775
4. Affin Islamic: 105990040004
Sumbangan atas talian: https://syriacare.org.my/donate-2/ .
Hantar slip transaksi kepada Pegawai Kewangan 01128809820 dan nyatakan untuk (MISI) Ikuti FB dan IG Syria Care untuk mengetahui perkembangan terkini di Syria. #KempenRamadanAlKhair6 #RamadanSyriaCare #misikemanusiaansyriacare6 #SyriaCareforhumanity
[huge_it_slider id=”186″]