MISI KEMANUSIAAN SYRIA CARE 6.0: IBU TUNGGAL & 6 ANAK KURANG UPAYA

0001

Pasukan Misi Kemanusiaan Syria Care 6.0 menyaksikan betapa cekalnya seorang ibu yang bernama Fatma ini menjaga ENAM orang anaknya yang kurang upaya.

Lihatlah keadaan anak-anaknya yang hanya mampu terlantar di atas katil dan tidak dapat menguruskan diri mereka sendiri.

Setiap seorang daripada mereka mengharapkan sepenuh bantuan daripada ibu.

Allahu..

Admin tidak dapat menahan air mata.

Ditambah lagi, ibu tunggal yang berusia 50 tahun ini kematian suami tiga tahun lalu akibat tekanan hidup yang sangat tinggi.

Mereka tinggal di rumah inipun atas ehsan orang lain.

Fatma menceritakan kepada Ustazah Siti Sakinah bahawa semua anaknya dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain.

Tetapi selepas 10-11 tahun mereka mula hilang keupayaan untuk berjalan dan bercakap.

Rombongan dimaklumkan juga semua anaknya yang berusia antara 18 – 30 tahun sedang berpuasa (1 Ramadan) Subhanallah.

Lebih mengharukan, ketika rombongan Syria Care hendak pulang azan Maghrib berkumandang dan Fatma mengajak kami semua berbuka bersama mereka.

Allahu Akbar!

Walaupun susah tetapi mereka sangat berterima kasih dan memuliakan kami.

Sumbangan yang dihulurkan kepada keluarga ini hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Teruskan menyokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care kerana terlalu ramai rakyat Syria yang perlukan bantuan daripada kita terutamanya Ramadan ini.

#KempenRamadanAlKhair6 #RamadanSyriaCare #misikemanusiaansyriacare6 #SyriaCareforhumanity

[huge_it_slider id=”187″]

 

Kongsi Artikel Ini