Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0
Menjejaki Iman – Mangsa Pengeboman di Idlib
Hari Kelima
28 Oktober 2017
Pihak pengurusan Syria Care sangat tersentuh hati melihat gambar adik Iman yang mana hanya terbaring dan memandang kakinya yang terputus selepas satu serangan bom di Jisr Al-Sughur, Idlib September 2017 yang lalu.
Bertambah pilu apabila bapa, adik dan bapa saudaranya terbunuh dalam kejadian itu.
Dia langsung tidak menangis dan seolah-olah masih trauma dengan apa yang dia baru tempuhi.
Untuk mengetahui kisah lanjut tentang adik Imani, klik di pautan ini: https://goo.gl/xNGxoC
#SCNews